May 13, 2026

Cara Berhemah Guna Wang SARA 2025: Jangan Membazir Sampai Tiada Baki!

494988545_9581570415294171_828494740449929449_n

Kalau korang antara penerima Wang SARA 2025, tahniah! Ini rezeki yang patut digunakan sebaik mungkin. Bantuan ni memang untuk meringankan beban, tapi kalau tak jaga cara berbelanja, sekejap je duit tu boleh habis. Jadi, jom tengok macam mana nak urus wang SARA dengan bijak dan berhemah!

1. Dahulukan Barang Keperluan

Guna duit SARA untuk barang dapur yang wajib ada:
Beras, minyak, gula, tepung, Telur, Sabun mandi, ubat gigi.

Tip bijak: Beli barang yang ada diskaun atau promosi. Kalau boleh, elakkan beli barang jenama mahal.

2. Rancang Pembelian Ikut Baki Kad

Kalau guna kad MyKasih atau baucar khas, jangan main beli je. Rancang betul-betul:

Buat senarai barang sebelum keluar rumah
Semak baki kad sebelum dan selepas beli
Simpan resit – senang nak tahu duit ke mana.

3. Bandingkan Harga – Setiap Pasaraya, Lain Cerita

Jangan setia sangat dengan satu pasar raya je! Sebab:

Mydin ada Hari Rahmah dengan banyak promosi.
Econsave selalu ada harga runtuh barang keperluan.
Tesco / Lotus’s pula ada kombo pek jimat.
KK Mart / 99 Speedmart bagus untuk barang harian bila beli kuantiti kecil.

Bijak sikit: Tengok promosi mingguan atau tanya staf. Kalau ada pasar raya dekat tempat kerja/kampung lain yang lagi murah, boleh beli di sana. Guna kad bantuan di lokasi berbeza, tak ada masalah!

Wang SARA 2025 ni satu bentuk bantuan yang sangat berguna – tapi kalau pandai urus, lagi banyak manfaatnya. Belanja dengan bijak, kurangkan pembaziran, dan rancang setiap ringgit. Ingat, sikit-sikit lama-lama jadi bukit!