Untuk penerima bantuan MyKasih SARA 2025, ini adalah peluang baik untuk membeli keperluan harian tanpa perlu mengeluarkan duit sendiri. Tapi perlu diingat, bantuan ini hanya boleh digunakan untuk membeli barangan tertentu di kedai yang mengambil bahagian dalam program ini.
Berikut ialah senarai lengkap barangan yang diluluskan:

Barangan Keperluan Harian Yang Dibenarkan
Beras
Termasuk jenama seperti Jasmine, Faiza, Jati, Super 5, Royal Umbrella, Rambutan, Bernas, dan lain-lain.
Roti
Jenama seperti Massimo, Gardenia, dan Mighty White.
Telur
Antara jenama yang diluluskan ialah CP, QL Eggs dan Nutri Plus.
Minyak Masak
Boleh pilih daripada jenama Saji, Alif, Seri Murni, Knife, Vesawit, Buruh dan Daisy.
Tepung
Jenama seperti Cap Sauh, Faiza, Cap Ros, Blue Key dan Lili.
Biskut
Termasuk Munchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Jacob, Kraft dan Hup Seng.
Mi Segera
Antaranya ialah Maggi, Indo Mie, Mamee, Cintan, Mie Sedap dan Eka.
Minuman
Jenama seperti Milo, Dutch Lady, Horlicks, BOH, Vico, Nescafe, Fernleaf, Quaker, F&N dan Marigold.
Makanan Dalam Tin
Antara pilihan ialah Ayam Brand, Adabi, TC BOY, Kimball, Yeo’s dan King Cup.
Bahan Perasa
Jenama seperti Maggi, Planta, Jalen, Kimball, CSR, Life, Tamin, Habhal’s, Faiza dan Puteri.
Produk Kesihatan
Termasuk Colgate, Dettol dan Kotex.
Ubat-Ubatan Ringan
Seperti Panadol, Prospan, Hurix’s, Difflam dan Sterimar.
Barangan Sekolah
Termasuk pen dan alat tulis jenama Faber Castell, Stabilo, Staedtler, serta pakaian sekolah jenama Canggih dan kasut Bata.
Barangan Kebersihan (Tambahan Terkini)
Seperti sabun pencuci pinggan, pencuci pakaian (cecair atau serbuk), dan pencuci lantai.
Cara Guna Bantuan MyKasih
Untuk menggunakan bantuan ini, penerima hanya perlu menunjukkan MyKad semasa membuat pembayaran di kedai yang mengambil bahagian. Jumlah pembelian akan ditolak secara automatik daripada baki bantuan yang ada.
Cara Semak Baki Bantuan
Terdapat beberapa cara mudah untuk menyemak baki bantuan MyKasih:
Layari portal rasmi MyKasih: checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
Gunakan aplikasi MyKasih di telefon pintar
Minta penyata baki di kaunter kedai rakan niaga MyKasih. Program MyKasih SARA 2025 merupakan inisiatif yang sangat membantu, terutama bagi mereka yang memerlukan sokongan kewangan untuk keperluan asas. Senarai barangan yang diluluskan ini boleh dijadikan panduan untuk merancang perbelanjaan dengan lebih baik.
Tak habis guna bulan duit #mySARA ni boleh simpan tak? Jawapannya ada di video di bawah;
@nadibatukurau Tak habis guna bulan duit #mySARA ni boleh simpan tak? 😦 #ekasih #RM100mykad #PEDiBatuKurau
Gunakan bantuan yang diberikan dengan bijak agar manfaatnya dapat dirasai sepenuhnya dalam kehidupan seharian.

Baucar Buku MADANI RM100 Untuk Pelajar IPT – Cara Semak Kelayakan Dan Tebus Di MySiswaPlace
Cara Menentukan Arah Kiblat Melalui Fenomena Istiwa A’zam Dan Lintasan Harian Matahari
SCORE Marathon 2026 Putrajaya: Info Penutupan Jalan Dan Tip Penting Untuk Pelari
Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO: Panduan Lengkap Cara Opt-Out Melalui Notis Pelepasan Liabiliti
Tiket KTM/ETS Ke Johor Untuk PRN Dah Buka: Ini Cara Tempah & Trik Balik Mengundi Tanpa Poket Kering!
5 Tip Shopping Fesyen Sempena Jualan 7.7 Dengan Google Search, Lens Dan AI Mode