[VIDEO] Antara ‘Mall’ di KL & Selangor Yang Menawarkan Parking Percuma, Ini Ramai Tak Tahu!
Kalau duduk KL atau selalu turun shopping kat bandar, satu benda yang memang boleh buat sakit hati – caj parking. Baru sejam dua jalan-jalan, tengok wayang ke makan ke, tau-tau parking dah dekat RM10. Tapi jangan risau, ada beberapa mall kat Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya yang bagi parking percuma. Serius, jimat banyak weh!
Jom tengok senarai mall yang bagi parking free ni:
1. Bukit Bintang City Centre (BBCC)

Alamat: Jalan Hang Tuah, KL
Parking Percuma: 3 jam pertama
Kalau lebih 3 jam, korang cuma perlu belanja RM1 je kat mana-mana kedai dalam tu, pastu tunjuk resit – terus dapat free parking.
Nak tahu cara jimat parking kat LaLaport? Menurut perkongsian dari pengguna TikTok @ahliarizuan_, korang hanya perlu:
Masuk ke LaLaport dan ambil tiket parking seperti biasa.
Buat pembelian minimum RM1 di mana-mana kedai dalam LaLaport.
Tunjukkan resit pembelian tersebut di kaunter perkhidmatan pelanggan untuk mendapatkan pengesahan parking percuma sepanjang hari.
@ahliarizuan_ Replying to @NabihahBeeha Hi betul! Dah lama dah free parking ni 2tahun+ rasanya, Free parking untuk 3jam terawal, kalau lebih 3 jam jumpa staff yang jaga bahagian parking ni di bawah foodcourt LG1, tunjuk resit pembelian (min RM1) akan dapat Free parking walau seharian parking 🚘 tapi untuk lebih 3 jam korang kena donlod apps Mistui Shopping ya, Register je lepastu tunjuk kalau dia mintak, kadang tak minta pun #lalaport #kualalumpur #bukitbintang #freeparkinglalaport #kualalumpur #pavilion #chefkecik
2. Sunway Putra Mall
Alamat: Jalan Putra, KL
Parking Percuma: 3 jam pertama
Kalau korang ada kad kredit HSBC, beli apa-apa pun dah layak untuk free parking. Untung lebih!
3. IOI Mall Damansara (Tropicana Gardens Mall)
Alamat: Persiaran Surian, PJ
Parking Percuma: 3 jam
Mall ni tengah hot sekarang. Parking free 3 jam sesuai sangat kalau datang beli barang sikit-sikit atau lepak kopi kejap.
4. Quill City Mall

Alamat: Jalan Sultan Ismail, KL
Parking Percuma: Hari bekerja lepas pukul 5 petang
Weekend & cuti umum pun tak mahal – flat rate RM3 je. Boleh lah lepak lama sikit.
5. Setia City Mall

Alamat: Setia Alam, Shah Alam
Parking Percuma: 3 jam pada hari bekerja
Kalau duduk area luar KL macam Shah Alam, ni port shopping best yang tak terlalu crowded.
Tips Jimat Parking:
Ada mall kena sahkan tiket kat kaunter info – jangan lupa tau!
Check website atau media sosial mall sebelum datang, mana tahu tengah ada promosi menarik.
Kalau nak senang parking dan tak crowded sangat, cuba datang hari biasa atau awal pagi.
Penafian (Disclaimer):
Maklumat tentang parkir percuma ni dikumpul berdasarkan info terkini waktu artikel ditulis. Tapi, kadar parking, promosi dan syarat boleh berubah ikut polisi mall masing-masing. Sebelum pergi, sebaiknya semak dulu dengan pihak mall melalui laman web rasmi atau media sosial untuk pastikan info masih sah.
Dengan info ni, bolehlah korang shopping tanpa rasa bersalah kat dompet. Tak payah bayar mahal-mahal untuk parking bila dah tahu tempat yang betul. Selamat berjimat & selamat shopping!
