April 21, 2026

Subway Raikan Wira Harian Melalui Inisiatif ‘Rayakan Bersama’

WhatsApp Image 2025-04-17 at 22.57.11

Ramadan selalunya waktu kita muhasabah diri, belajar bersyukur, dan paling best – rapatkan hubungan dengan orang tersayang. Tapi masa ramai tengah sibuk packing nak balik kampung berbuka dengan keluarga, ada juga yang masih bertugas macam biasa – demi pastikan keselamatan dan kelancaran tempat awam, especially pusat pengangkutan.

Subway Malaysia tak lupa jasa mereka ni. Tahun ni, melalui inisiatif Rayakan Bersama, Subway nak ucap terima kasih dengan cara yang bermakna.

Seramai 300 petugas barisan hadapan dekat Terminal Bersepadu Selatan (TBS) – antara tempat paling sibuk musim Raya – terima kejutan istimewa daripada Subway. Polis, guard, pemandu bas, cleaner, staff kaunter… semua ni wira belakang tabir yang pastikan kita boleh balik kampung dengan tenang.

Sebagai tanda penghargaan, Subway edarkan Beg Juadah Rayakan Bersama – dalamnya ada sandwich 6 inci yang fresh, biskut coklat yang chewy, dan minuman menyegarkan. Paling sweet, ada juga pelekat dengan puisi kecil sebagai penghargaan. Simple je, tapi cukup menyentuh hati. Bukan sekadar makanan, tapi simbol ikhlas dari hati.

CEO Subway Malaysia, Kin Siong Kon, kata:

“Dekat Subway, kami percaya Raya bukan sekadar sambut dengan keluarga je – tapi juga untuk hargai mereka yang jaga komuniti kita hari-hari. Rayakan Bersama ni cara kami nak cakap ‘terima kasih’ kepada semua yang bertugas masa Ramadan, supaya orang lain boleh beraya dengan tenang.”

Memang musim Raya penuh dengan kegembiraan. Tapi untuk petugas di TBS, inilah waktu kerja paling sibuk. Bayangkan – bila semua tengah excited balik kampung, diorang ni lah yang jaga perjalanan kita supaya selamat dan smooth.

Pasukan Pengurusan dari Maju TMAS Sdn Bhd pun terharu dengan usaha ni.

“Inisiatif Subway ni memang menyentuh hati. Juadah yang disumbangkan bukan je beri kegembiraan, tapi juga pupuk semangat kekitaan – itulah semangat Ramadan sebenar.”

Melalui Rayakan Bersama, Subway harap kita semua boleh ambil masa untuk hargai jasa mereka yang banyak berkorban demi kita. Sebab, walaupun tak ramai nampak, merekalah tulang belakang musim perayaan ni.