Kalau anda peminat kasut Vans dan Converse tapi poket tengah kering, ini berita baik untuk anda! Ada satu lubuk kasut murah gila yang terletak di Pandan Jaya—LUBUKKasutHotspot. Nama pun dah padu, kan?
Di sini, kalau anda bernasib baik, boleh dapat kasut Vans serendah RM50! Betul, RM50 saja! Walaupun kondisi bundle, pemilik kedai kata gred kasut ni ibarat ‘Nasha Aziz’—maknanya masih tip-top dan bergaya.
Masuk-masuk kedai je, mata terus terpana dengan deretan kasut Vans dan Converse yang bersusun dengan pelbagai design. Dari high-cut, low-cut, sampai edisi rare pun ada! Selain Vans dan Converse, kedai ni juga ada koleksi kasut kanak-kanak, kasut bola, dan pelbagai pilihan lain untuk pencinta kasut.
https://www.tiktok.com/@lubukasuthotspot/video/7367974425251155201
Bukan setakat harga murah, kualiti kasut di sini pun memang berbaloi. Setiap pasang kasut yang dijual sudah melalui pemeriksaan teliti, jadi anda tak perlu risau tentang ketahanan dan keselesaannya. Malah, ada pelanggan yang kata kasut bundle di sini lebih selesa daripada kasut baru!

Selain itu, pemilik kedai juga mesra pelanggan dan sedia membantu kalau anda tak pasti nak pilih kasut mana. Kalau anda ada bajet tertentu, boleh je minta mereka rekomenkan pilihan terbaik yang sesuai dengan gaya dan keperluan anda.
Jadi, kalau anda tengah cari kasut branded dengan harga mampu milik, singgah je ke LUBUKKasutHotspot di Pandan Jaya. Mana tahu, rezeki anda dapat kasut idaman dengan harga bajet!
Jangan lupa share dengan kawan-kawan dan tag geng yang suka Vans dan Converse!

Kuasai Latihan Anda: 10 Jenis Larian Yang Perlu Ada Dalam Pelan Latihan Harian Pelari
Promosi Cuti Sekolah 2026: Senarai Tawaran Makan dan Minum Menarik Untuk Dinikmati Bersama
Aktiviti Outdoor Untuk Anak: Kenapa Trail Running Boleh Jadi Pilihan Menarik?
[VIDEO] Unwrapping Kombo Wrap Ayam Lada Hitam dan Iced Latte 7-Eleven — Hanya RM7.90!
Promosi F&B Hari Guru 2026: Senarai Tawaran Istimewa Untuk Warga Pendidik di Malaysia
Panduan Trail Running Untuk Pemula: Peralatan, Latihan dan Teknik Asas Yang Anda Perlu Tahu