May 13, 2026

Bajet Ciput? Ini 5 Idea Hadiah RM30 Di IKEA Sempena Hari Kekasih 14 Februari

Valentines-Day-Blog-P00290-2-scaled

Hari Kekasih dah dekat, tapi bajet ciput? Jangan risau! IKEA ada banyak pilihan hadiah yang cantik dan bermakna tanpa perlu koyak poket. Kalau nak tunjuk kasih sayang dengan cara yang kreatif, jom tengok 5 idea hadiah bawah RM50 yang boleh buat si dia tersenyum manis!

1. Lilin Wangi SINNLIG (Dari RM7)

Nak cipta suasana romantik? Lilin wangi dari IKEA ni memang padu! Ada pelbagai bau seperti strawberi, vanila, dan epal hijau yang boleh buat bilik berbau harum dan cozy. Belilah lebh dari 2, baru nampak variasi kan? Sesuai untuk pasangan yang suka chill dan relax.

2. Bantal Comel FAMNIG HJÄRTA (RM19)

Bantal merah berbentuk hati ni memang ikonik dari IKEA. Kalau nak tunjuk rasa sayang dengan cara yang cute, bagi je bantal ni kat dia. Boleh peluk bila rindu!

3. Set Cawan BDUKTIQ (RM29– 8 set)

Kalau pasangan jenis suka minum kopi atau teh, set cawan ni memang hadiah terbaik. Design minimalis, nampak classy, dan boleh guna untuk minum bersama masa date kat rumah!

4. Pokok Hiasan FEJKA (Dari RM15 – 3 set)

Untuk pasangan yang suka dekorasi rumah, pokok hiasan palsu ni pilihan yang bijak. Tak perlu siram, tak layu, dan tetap cantik selamanya—macam cinta korang!

5. Bakul Rotan FLÅDIS (RM30)

Kalau si dia jenis suka barang aesthetic dan kemas, bakul ni memang pilihan tepat. Boleh jadi tempat simpan barang kecil, buat dekorasi, atau letak selimut untuk vibe yang cozy.

Dengan bajet bawah RM30, korang masih boleh bagi hadiah yang thoughtful dan stylish. So, dah decide nak beli yang mana? Selamat menyambut Hari Kekasih! ❤️