April 21, 2026

5 Idea Beli Hadiah Kahwin di IKEA Bawah RM50

image13-1080x617

Memilih hadiah kahwin yang sesuai tidak semestinya kena mahal. IKEA ada pelbagai pilihan hadiah terbaik dengan harga berbaloii. Di sini, kami senaraikan 5 idea hadiah kahwin bawah RM50 yang berguna untuk pasangan pengantin baru. Jom tengok barang yang sesuai untuk anda belikan sebagai hadiah pengantin!

1. STÖRTSKÖN – Lilin Aromatik

Nak hadiahkan vibe tenang dan cozy kat rumah pasangan baru? Lilin wangi STÖRTSKÖN ni perfect! Dengan aroma yang calming, lilin ni sangat sesuai untuk letak di ruang tamu atau bilik tidur.

Ia bukan sekadar lilin biasa, bau aroma dia boleh bantu tenangkan minda lepas seharian penat. Lagi best, lilin ni datang dalam rekaan minimalis yang nampak estetik dan boleh blend in dengan mana-mana gaya hiasan rumah.

Anda boleh beli di link ni https://www.ikea.com/my/en/p/stoertskoen-scented-tealight-berries-red-00502167/

2. TRIXIG – Set Alat DIY

 

Untuk pasangan yang suka DIY atau baru berpindah ke rumah pertama, set alat TRIXIG ini sangat praktikal. Set ini lengkap dengan alat asas seperti pemutar skru dan skru pelbagai saiz.

Ia boleh membantu mereka menguruskan kerja-kerja kecil di rumah sendiri, menjadikannya hadiah yang berguna dan praktikal. Kalau ada benda yang perlu dipasang atau diperbaiki, mereka tak perlu risau semuanya dah ready dalam satu set ni.

Anda boleh beli di link ni https://www.ikea.com/my/en/p/trixig-15-piece-tool-set-60556690/

3. FREDRIKSJÖN – Tuala Mandi

Tuala mandi FREDRIKSJÖN ni memang kategori “semua orang guna” – tak kira siapa, tuala berkualiti sentiasa ada dalam senarai keperluan. Tuala ni bukan je lembut, tapi juga tahan lama dan menyerap air dengan baik.

Warnanya pun stylish, jadi sesuai sangat untuk bilik mandi pasangan baru. Hadiah ni memang simple, tapi mesti digunakan setiap hari dan buat mereka rasa lebih selesa. Satu benda yang pasti menghargai setiap kali lepas mandi! Sangat praktikal untuk pasangan baru yang nak melengkapkan keperluan rumah mereka.

Anda boleh beli di link ni https://www.ikea.com/my/en/p/fredriksjoen-bath-towel-dark-blue-90496671/

4. ANNONS – Set Periuk

Set periuk ANNONS ni memang sesuai untuk pasangan yang baru setup dapur. Set ini termasuk periuk pelbagai saiz yang boleh digunakan untuk memasak hidangan harian. Dibuat daripada keluli tahan karat, periuk ini bukan sahaja tahan lama tapi juga mudah dibersihkan. Bagi mereka yang suka memasak, hadiah ini pasti berguna.

Anda boleh beli di link ni https://www.ikea.com/my/en/p/annons-5-piece-cookware-set-glass-stainless-steel-30207400/

5.FULLÄNDAD – Set Peralatan Dapur

FULLÄNDAD adalah set peralatan dapur asas yang setiap dapur perlukan. Dengan 5 benda antaranya ialah senduk dan spatula, set ini memudahkan pasangan baru menyiapkan hidangan bersama. Set ini tahan panas dan sangat mudah digunakan, sesuai untuk mereka yang suka memasak. Confirm sangat berguna bila mereka masak makanan mereka . Setiap kali guna, mesti teringat kat korang yang bagi hadiah ni!

Anda boleh beli di link ni https://www.ikea.com/my/en/p/fullaendad-5-piece-kitchen-utensil-set-grey-60435943/

Kesimpulan

Dengan idea hadiah dari IKEA ni, korang boleh bagi sesuatu yang simple tapi bermakna dan praktikal, sesuai dengan bajet tanpa buat poket koyak. Hadiah-hadiah ni akan bantu pasangan baru melengkapkan rumah mereka dan buat hidup lebih baik . Semua dengan harga bawah RM50 sahaja!