February 12, 2026

5 Pusat Membeli-Belah di Kuala Lumpur Dengan Kadar Tempat Letak Kereta ‘Mesra Poket’

Parking-inside-NU-Sentral-mall-pic2

Kuala Lumpur, sebagai ibu kota yang sibuk, mempunyai banyak pusat membeli-belah yang menawarkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan. Namun, bagi sesetengah orang, kos letak kereta boleh menjadi satu beban tambahan. Berikut adalah lima pusat membeli-belah di Kuala Lumpur yang menawarkan kadar letak kereta paling murah, sesuai untuk mereka yang ingin berjimat.

Sunway Putra Mall

Sunway Putra Mall terletak di lokasi strategik berdekatan dengan PWTC dan menawarkan kadar letak kereta yang sangat berpatutan. Untuk hari biasa, kadar letak kereta bermula pada RM3 untuk jam pertama dan RM1 untuk setiap jam berikutnya. Mall ini juga menawarkan diskaun istimewa untuk mereka yang menggunakan kad kredit terpilih atau bagi mereka yang menjadi ahli Sunway Pals.

Quill City Mall

Terletak di Jalan Sultan Ismail, Quill City Mall adalah salah satu pusat membeli-belah yang menawarkan kadar letak kereta yang murah dan berpatutan di tengah bandar. Anda hanya perlu membayar RM3 untuk jam pertama dan RM2 untuk jam berikutnya. Kadar untuk maksimum ialah RM10. Selain itu, pada hari Ahad dan cuti umum, mereka menawarkan kadar letak kereta flate rate yang lebih rendah iaitu RM3, menjadikannya pilihan yang bagus untuk pengunjung hujung minggu.

Pavilion Bukit Jalil

Pavilion Bukit Jalil adalah salah satu pusat membeli-belah terbaru di Kuala Lumpur dan ia terkenal dengan kadar letak kereta yang mesra poket. Untuk 3 jam pertama, kadar letak kereta bermula pada RM2 dan RM1 untuk setiap jam berikutnya. Manakala pada hari cuti, untuk 2 jam pertama, kadar letak kereta bermula pada RM3 dan RM1 untuk setiap jam berikutnya. Dengan kadar yang berpatutan ini, Pavilion Bukit Jalil menjadi destinasi popular bagi mereka yang ingin membeli-belah tanpa perlu risau tentang kos letak kereta yang tinggi.

Mytown Shopping Centre

Mytown Shopping Centre, yang terletak berdekatan dengan IKEA Cheras, juga menawarkan kadar letak kereta yang rendah. Anda hanya dikenakan RM3 untuk 3 jam pertama dan RM1 untuk jam seterusnya. Jika anda membeli-belah di IKEA, kadar letak kereta diberikan percuma, menjadikannya salah satu pilihan terbaik untuk pengunjung yang merancang untuk menghabiskan lebih banyak masa.

Plaza Low Yat

Plaza Low Yat, yang dikenali sebagai syurga elektronik dan IT, bukan sahaja menawarkan pelbagai produk teknologi, tetapi juga kadar letak kereta yang murah. Anda boleh menikmati kadar letak kereta flate rate hanya RM6 (6 petang hingga  6 pagi) . Manakala sebanyak RM4 untuk 2 jam pertama dan RM2 untuk setiap jam berikutnya. Plaza Low Yat juga menawarkan diskaun pada hari-hari tertentu untuk pelanggan yang membuat pembelian dalam jumlah tertentu di dalam mall.