Kesetiaan Pelanggan KyoChingu – “Black Series.” Hidangan terhad ini, dihadiri dengan lima bahan Utama iaitu rempah, kicap, bijan hitam, dan cili di mana menawarkan rasa yang kaya dan lazat dengan sedikit kepedasan. “Black Series” hanya tersedia untuk ahli KyoChingu dan tidak boleh dibeli oleh orang awam, menjadikannya keistimewaan eksklusif untuk ahli KyoChingu.
Nikmati rasa unik ini dan rasakan keistimewaan “Black Series.”

Ahli KyoChingu boleh menikmati ‘Black Series’ dengan merujuk Program Kesetiaan Pelanggan KyoChingu kepada rakan-rakan mereka. Kedua-dua ahli akan menerima baucar, “Percuma 4pcs Black Series Wingette & Drumette.”
Ahli KyoChingu boleh menebus baucar ini dengan pembelian minimum satu menu ayam dalam satu resit di cawangan KyoChon 1991 berikut: IOI City Mall, The Gardens Mall, MyTown, One Utama, Pavilion Kuala Lumpur, Sunway Pyramid, Johor Bahru City Square, dan Mid Valley South Key. Promosi ini akan berlangsung sehingga 15 Oktober 2024, sah untuk makan di kedai atau dibawa pulang sahaja.
Selain daripada keistimewaan ini, ahli Program Kesetiaan Pelanggan KyoChingu boleh mendapat banyak manfaat seperti mengumpul 10 kali mata ganjaran untuk setiap RM1 yang dibelanjakan.
Tambahan pula, Ahli KyoChingu boleh menuntut lebih daripada 30 ganjaran yang menarik, ganjaran hari jadi, menikmati tawaran hebat bulanan, dan akses ke acara eksklusif serta konsert.
Jangan lepaskan peluang ini dan sertai Program Kesetiaan Pelanggan KyoChingu hari ini, rujuk rakan anda, dan nikmati hidangan terbaru KyoChon 1991. Untuk maklumat lanjut, sila lawati mereka di kyochon.com.my/. Terma dan syarat dikenakan.

The Manhattan Fish Market Kembali Dengan Menu Serendah RM9.90 – Sah Untuk Satu Hari Sahaja
MIXUE Anjur Festival Budaya Wau Terbesar Di Malaysia – Percuma Dan Terbuka Untuk Semua
Pakai Jersi Argentina, Tebus Promosi Beli 1 Percuma 1 di ZUS Coffee Untuk Satu Hari Sahaja
Krispy Kreme Sambut Ulang Tahun Ke-89, Kotak Ke-2 Half Dozen Original Glazed Hanya RM0.89
ZUS Coffee Anjur Watch Party Piala Dunia FIFA 2026, Bawakan Cabutan Bertuah Dan Goodie Bag Eksklusif
Ayam Gepuk Top Global Bawakan Set Ayam Crispy Drumstick Pada Harga RM9.90 Di Cawangan Terpilih