April 15, 2026

Harga Minyak Terkini (6 – 12 November 2025): Diesel Semenanjung Naik Lagi 7 Sen, RON97 & RON95 Kekal

harga petroleum

Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan kemas kini harga runcit mingguan produk petroleum bagi tempoh 6 hingga 12 November 2025, berkuat kuasa mulai Khamis, 6 November.

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia meningkat sebanyak 7 sen seliter kepada RM3.02 seliter, selaras dengan peningkatan harga minyak mentah dunia. Pelarasan ini dilakukan menerusi formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Senarai Harga Runcit Produk Petroleum Minggu Ini

Berikut ialah senarai lengkap harga bahan api untuk minggu ini:

    • RON97: ➡️ Kekal pada RM3.20/liter
    • RON95 Tanpa Subsidi: ➡️ Kekal pada RM2.60/liter
    • RON95 Bersubsidi (BUDI95): ➡️ Kekal pada RM1.99/liter
    • Diesel Semenanjung Malaysia: 🔺 Naik 7 sen kepada RM3.02/liter
    • Diesel Sabah, Sarawak & Labuan: ➡️ Kekal pada RM2.15/liter

    Sebelum ini, bagi tempoh 30 Oktober hingga 5 November 2025, harga diesel di Semenanjung adalah RM2.95 seliter, yang juga telah naik sebanyak 6 sen dari minggu sebelumnya. Ini menjadikan kenaikan dua minggu berturut-turut bagi bahan api diesel.

    Untuk makluman, kemas kini harga bahan api akan diumumkan setiap hari Rabu untuk tempoh seminggu berikutnya.


    Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

    Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp