Selepas beberapa minggu mencatatkan kenaikan ketara, harga runcit petroleum bagi tempoh 16 hingga 22 April 2026 akhirnya menunjukkan pelarasan menurun. Menerusi pengumuman terbaharu Kementerian Kewangan Malaysia, penurunan kali ini melibatkan diesel di Semenanjung Malaysia serta petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi.
Perubahan ini dibuat mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), berdasarkan perkembangan harga pasaran antarabangsa.
Harga Runcit Bahan Api Minggu Ini (16 – 22 April 2026)
Berkuat kuasa mulai Khamis, 16 April 2026, berikut ialah kadar baharu yang diumumkan:
- RON97: 🔻 Turun 25 sen kepada RM5.10 seliter
- RON95 tanpa subsidi: 🔻 Turun 25 sen kepada RM4.02 seliter
- RON95 bersubsidi (BUDI95): ➡️ Kekal pada RM1.99 seliter
- Diesel Semenanjung Malaysia: 🔻 Turun 75 sen kepada RM5.97 seliter
- Diesel Sabah, Sarawak & Labuan: ➡️ Kekal pada RM2.15 seliter
Harga ini akan berkuat kuasa sehingga 22 April 2026.
Pelarasan Kali Ini Lebih Ketara Pada Diesel
Antara perubahan utama minggu ini ialah pengurangan harga diesel di Semenanjung Malaysia. Dengan penurunan sehingga 75 sen seliter, diesel kini kembali berada di bawah paras RM6.00.
Walaupun mencatatkan penurunan, harga semasa masih berada pada paras tinggi berbanding sebelum kenaikan terdahulu. Ini bermakna tekanan kos, khususnya dalam sektor pengangkutan dan logistik, masih belum reda sepenuhnya.
Harga Petrol Turut Menunjukkan Penurunan
Bukan hanya harga diesel sahaja yang berubah, malah dua kategori petrol tanpa subsidi juga turut menunjukkan penurunan. RON97 kini dijual pada RM5.10 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi turun ke RM4.02 seliter.
Pelarasan kali ini dilihat mampu mengurangkan sedikit tekanan kepada pengguna selepas kenaikan harga sebelum ini.
Harga Bersubsidi Masih Dikekalkan
Dalam masa yang sama, kerajaan masih mengekalkan kadar bersubsidi untuk beberapa kategori bahan api utama. Ini termasuk:
- RON95 (BUDI95) pada RM1.99 seliter
- Diesel Sabah, Sarawak dan Labuan pada RM2.15 seliter
- Kadar di bawah SKPS dan SKDS yang juga tidak berubah
Pendekatan ini diteruskan bagi memastikan kumpulan sasaran dan sektor tertentu terus mendapat perlindungan daripada turun naik harga global.
Walaupun harga minggu ini menunjukkan penurunan, pelarasan seterusnya tetap bergantung kepada pergerakan harga global dan purata mingguan di bawah mekanisme APM.
Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Instagram Perkenal Logo Teks Baharu Selepas Lebih Sedekad, Cetus Pelbagai Reaksi Pengguna
Harga Minyak 13–19 Ogos 2026: RON97 Turun 20 Sen, RON95 Turun 15 Sen dan Diesel Turun 10 Sen
Rakyat Malaysia Bakal Nikmati 10GB Data Percuma Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
Prasarana Sediakan Pengangkutan Awam 24 Jam untuk Sambutan Hari Kebangsaan 2026 – Fahmi
KTMB Tawar Diskaun RM15 Tiket ETS Sempena Promosi 8.8 Awesome August
Harga Minyak 6–12 Ogos 2026: RON97, RON95 dan Diesel Masing-masing Turun 5 Sen