Baucar Buku Semarak Membaca (BBSM) 2025 adalah inisiatif dari Kementerian Perpaduan Negara bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan rakan-rakan industri buku. Tujuan utama program ni adalah untuk kembalikan semangat membaca dan hidupkan semula dunia seni, budaya dan buku tempatan yang terkesan lepas zaman pandemik.
Bila Boleh Tebus?
Penebusan baucar dibuka dari 22 April sampai 31 Disember 2025.
Setiap orang hanya boleh tebus satu baucar saja, jadi guna dengan bijak.
Apa Yang Perlu Tahu Tentang Baucar?
Nilai baucar: RM10
Perlu belanja minimum RM20 dalam satu resit
Sah untuk buku tempatan atau terbitan dalam negara saja
Cara-Cara Nak Tebus BBSM


1. Tebus di Pesta Buku Negeri
Kalau suka beli buku secara fizikal, boleh tebus baucar ni masa pergi Pesta Buku Negeri yang tersenarai.
Semak senarai lokasi dan jadual pesta buku di laman rasmi:
semarakmembaca.com
2. Tebus Secara Online di Shopee
Tak ada pesta buku dekat kawasan? Tak ada masalah. Boleh beli buku secara online melalui Shopee.
Lebih 200 kedai buku online ambil bahagian
Guna baucar untuk diskaun masa checkout
Senarai kedai yang terlibat boleh dilihat di: semarakmembaca.com/bbsm-shopee
3. Baucar Tambahan di Shopee Live
Shopee juga akan sediakan baucar khas semasa siaran langsung di Shopee Live. Ini salah satu cara nak galakkan lebih ramai orang beli buku dan terus membaca.
Kerjasama Dengan Shopee
Kementerian juga ucapkan terima kasih kepada Shopee kerana jadi rakan e-dagang rasmi dalam program BBSM ni. Shopee bantu mudahkan proses penebusan, tambah akses buku tempatan, dan sumbangkan baucar tambahan untuk galakkan pembelian buku.

Piala Dunia FIFA 2026: Kemas Kini Harian Jadual dan Keputusan Perlawanan
Huawei Watch Fit 5 Roadshow Bermula di MyTown, Tampil Dengan Aktiviti Pickleball dan Persembahan Alpha
Nak Tonton Semua Perlawanan Piala Dunia 2026 Secara Langsung? Pas Langganan Unifi TV Dibuka Bermula RM50
Perodua Malaysia Masters 2026: Dari Food Fest Hingga Merchandise, Ini Yang Pengunjung Boleh Jangkakan
TM ISTAF Sepaktakraw World Cup 2026: Aksi Pasukan Bertaraf Dunia dan Fiesta Rasa Meriahkan Kuala Lumpur Mei Ini
ZooKu Membership Card Hanya RM40, Kanak-Kanak Boleh Akses Zoo Negara Tanpa Had