June 6, 2026

Harga Minyak Terkini (11 – 17 Disember 2025): RON97, RON95 Tanpa Subsidi dan Diesel Turun 2 Sen

harga-minyak-11-17-disember

Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan harga runcit mingguan produk petroleum bagi tempoh 11 Disember hingga 17 Disember 2025, selaras dengan perubahan harga pasaran minyak mentah dunia dan pelaksanaan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

RON97 & RON95 Tanpa Subsidi Turun 2 Sen

Mulai Khamis, 11 Disember 2025, beberapa produk petroleum utama mencatatkan penurunan harga:

  • RON97: 🔻 Turun 2 sen kepada RM3.27 seliter
  • RON95 Tanpa Subsidi: 🔻 Turun 2 sen kepada RM2.64 seliter
  • RON95 Bersubsidi (BUDI95): ➡️ Kekal pada RM1.99 seliter
  • Diesel Semenanjung Malaysia: 🔻 Turun 2 sen kepada RM3.06 seliter
  • Diesel Sabah, Sarawak & Labuan: ➡️ Kekal pada RM2.15 seliter

Kerajaan Terus Pantau Pergerakan Harga Minyak Dunia

Menurut kenyataan rasmi, kerajaan akan terus memantau pergerakan harga minyak mentah global dan menyelaras harga runcit petrol serta diesel secara mingguan bagi memastikan kestabilan harga serta kebajikan pengguna terus terpelihara.

Harga ini berkuat kuasa dari 11 Disember hingga 17 Disember 2025.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp