Jimat Pagi-Pagi: Set Sarapan Uncle Jack Serendah RM4.99 Sahaja!
Pagi-pagi selalu lapar? Meh sini nak habaq! Uncle Jack Fried Chicken kini memperkenalkan Menu Sarapan Pagi dengan harga bermula serendah RM4.99, khas untuk korang yang nak mulakan hari dengan perut kenyang dan kopi panas!
Menu sarapan ini tersedia setiap hari dari waktu kedai dibuka hingga jam 12 tengah hari. Waktu operasi mungkin berbeza mengikut cawangan, jadi pastikan semak dahulu waktu operasi kedai Uncle Jack terdekat korang!
Pilihan Set Sarapan Uncle Jack
1. UJ Breakfast Set – RM4.99
- 1 Nasi Lemak Basmathi
- 1 Black Coffee panas
2. Benjo Breakfast Set – RM5.99
- 1 Egg Burger lembut & gebu
- 1 Black Coffee panas
Dua-dua set datang dengan Black Coffee yang wangi dan panas, sesuai untuk mulakan hari sebelum ke tempat kerja atau kelas.
Tersedia di semua cawangan Uncle Jack seluruh Malaysia, tak perlu belanja besar untuk kenyang di waktu pagi. Dengan harga bawah RM6, sarapan di Uncle Jack memang berbaloi dan mengenyangkan. Jom singgah sekarang!
Untuk maklumat lanjut tentang promosi terkini yang dijalankan, layari laman Facebook Uncle Jack Malaysia sekarang!
