April 18, 2026

EXO Kembali Temui Peminat Malaysia, Bawa Jelajah EXO PLANET #6 – EXhOrizon Ke Kuala Lumpur Jun Ini

exo-planet-exhorizon

Selepas penantian yang agak panjang, peminat K-pop di Malaysia akhirnya menerima perkhabaran yang dinanti-nantikan apabila EXO diumumkan bakal kembali mengadakan konsert di negara ini menerusi jelajah terbaharu mereka, EXO PLANET #6 – EXhOrizon in KUALA LUMPUR.

Kemunculan semula kumpulan ikonik ini pastinya mengujakan ramai peminat tempatan, apatah lagi ini menjadi persembahan mereka yang pertama di Malaysia sejak konsert terdahulu pada tahun 2019. 

Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 20 Jun 2026, hari Sabtu, jam 8 malam di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. Ia pastinya menjadi tumpuan ribuan peminat yang ingin menyaksikan sendiri kemunculan semula EXO di pentas Malaysia.

Bakal Bawa Lagu Baharu Dan Deretan Hit Popular

Menerusi konsert ini, peminat boleh menjangkakan sebuah persembahan berskala besar yang menggabungkan lagu-lagu baharu serta himpunan lagu popular yang telah menjadi identiti EXO selama ini.

Antara lagu yang dijangka menjadi perhatian ialah “Crown”, yang merupakan antara lagu utama daripada album baharu mereka. Selain itu, peminat juga pastinya mengharapkan deretan lagu hit yang pernah mendominasi pelbagai era seperti “Growl”, “Monster”, “Ko Ko Bop”, “Tempo”, dan “Love Shot”.

Gabungan lagu baharu dan lagu-lagu ikonik seperti ini sememangnya memberi nilai tambah kepada konsert, terutama untuk peminat lama yang sudah mengikuti perjalanan EXO sejak awal, serta peminat baharu yang mungkin lebih dekat dengan karya-karya terkini mereka.

Harga Tiket EXO PLANET #6 – EXhOrizon in KUALA LUMPUR

Tiket untuk konsert EXO PLANET #6 – EXhOrizon in KUALA LUMPUR ini ditawarkan dalam beberapa kategori dengan harga seperti berikut:

  • ROCK – RM1,088
  • VIP – RM988
  • P1 – RM788
  • P2 – RM638
  • P3 – RM498
  • P4 – RM388

Harga yang dipaparkan bagaimanapun belum termasuk caj tiket. Dengan adanya beberapa kategori ini, peminat boleh membuat pilihan mengikut bajet dan pengalaman konsert yang diinginkan.

Kategori ROCK Dan VIP Hadir Dengan Fan Benefits 

Untuk peminat yang mahukan pengalaman yang lebih istimewa, kategori ROCK dan VIP turut hadir dengan fan benefits tersendiri.

Bagi pemegang tiket ROCK, manfaat yang ditawarkan ialah:

  • Soundcheck session
  • Laminated tag
  • Concert lanyard
  • Photocard

Sementara itu, pemegang tiket VIP pula akan menerima:

  • Soundcheck session
  • Photocard

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa fan benefits ini adalah eksklusif untuk pembeli tiket ROCK dan VIP sahaja, selain tidak boleh dipindah milik atau ditukar dengan orang lain. Penebusan juga hanya boleh dibuat di lokasi acara pada hari konsert, dalam tempoh yang ditetapkan oleh penganjur.

Jadual Penjualan Tiket

Untuk yang bercadang mendapatkan tiket lebih awal, terdapat dua fasa jualan yang diumumkan:

EXO-L Weverse Member Presale

  • Tempoh pendaftaran: 11 April, 11:00 pagi hingga 13 April, 11:00 pagi
  • Tarikh pra-jualan: 21 April 2026
  • Waktu: 12:00 tengah hari hingga 6:00 petang

Pendaftaran ini adalah wajib untuk melayakkan diri ke sesi pra-jualan.

Public Sale

Bagi peminat yang mahu mendapatkan kategori pilihan, khususnya zon yang menawarkan fan benefits, pembelian lebih awal amat penting bagi meningkatkan peluang mendapatkan tempat yang diinginkan.

Konsert Yang Pasti Jadi Tumpuan Peminat K-pop Tempatan

Secara keseluruhannya, konsert EXO PLANET #6 – EXhOrizon in KUALA LUMPUR ini sememangnya membawa keterujaan besar, bukan sahaja kepada peminat setia EXO, tetapi juga kepada peminat K-pop tempatan secara umum.

Selepas tujuh tahun, kepulangan EXO ke Malaysia pastinya menjadikan konsert ini antara acara hiburan yang paling dinanti pada tahun 2026. Dengan pilihan kategori tiket yang pelbagai, fan benefits untuk kategori tertentu, serta setlist yang dipenuhi lagu popular, ramai pastinya sudah mula bersedia untuk merebut tiket sebaik jualan dibuka nanti.

Untuk yang sudah lama menantikan peluang melihat EXO membuat persembahan secara langsung di Malaysia, janga lepaskan peluang ini untuk mendapatkan tiket anda.


Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp