[VIDEO] 5 Pilihan Tempat Letak Kereta di Sekitar KLIA1/KLIA2 Dengan Harga Murah dan Selamat
Bagi yang selalu travel dari KLIA, isu tempat letak kereta memang satu hal besar. Nak cari yang murah, selamat, dan dekat dengan terminal bukan mudah. Tapi jangan risau! Kami dah senaraikan 5 pilihan terbaik untuk anda yang nak parkir kereta di KLIA tanpa perlu koyak poket.
1. Long Term Car Park (LTCP)
Kalau nak parkir lama dan bajet-friendly, Long Term Car Park (LTCP) adalah pilihan paling popular. Ia terletak kira-kira 5km dari terminal dan ada shuttle percuma setiap 10 minit. Harga pun berpatutan, sekitar RM2.50 sejam atau RM32 sehari.
@type.penulis If you’re looking for affordable parking near KLIA Terminal 1 and KLIA Terminal 2, you can easily find it by searching for 📍LTCP KLIA on Waze or Maps. The parking area is equipped with 📌CCTV surveillance and is guarded for 🌟your safety. In addition to secure parking, you can enjoy several facilities, including a 🚌free bus shuttle service that operates 24/7 with departures every 15 minutes. There’s also a comfortable waiting area, along with restroom facilities and a prayer hall for your convenience. When traveling, the shuttle 🚌 route conveniently connects KLIA 1, KLIA 2, and the LTCP KLIA parking area. With the holiday season approaching, rest assured that you’re covered by MAHB in the LTCP KLIA parking area. ✈️✈️If you have a transit flight between different terminals, you can take advantage of the free🚌 bus shuttle service as well! #klia #klia2 #kliaterminal1 #kliaparking #parkingklia #shuttleklia #kliaairport #kualalumpur #kualalumpurinternationalairport #cheapparking #airportparking #parkingkliamurah #fyp #foryoupage #kliaterminal2 #sepang #salaktinggi #nilai
2. Short Term Car Park KLIA1 & KLIA2
Kalau sekadar nak parkir sekejap untuk hantar atau ambil penumpang, boleh guna Short Term Car Park yang betul-betul dekat dengan terminal. Memang mudah, tapi harga agak mahal kalau parkir lama – sekitar RM5 untuk jam pertama.
@malaysiaairports What to expect when you park at KLIA Short-Term Car Park. #MYairportsfacilities #KLIA #parking #malaysiaairports
3. Tune Hotel KLIA2 Parking
Pilihan yang tak ramai tahu, tapi sangat praktikal! Parkir di Tune Hotel KLIA2 sesuai untuk mereka yang nak tempat lebih selamat dengan akses mudah ke KLIA2. Dari sini, boleh jalan kaki ke terminal dalam 10 minit sahaja. Harga RM4 sejam dan sehari lebih kurang RM46.
4. Park n Ride Salak Tinggi
Bagi yang nak lebih jimat, boleh parkir di Park n Ride Salak Tinggi dan naik ERL ke KLIA. Caj parkir bermula RM3 sehari bergantung waktu yang anda masuk, (rujuk jadual di bawah) jauh lebih murah berbanding parkir di KLIA sendiri. Ditambah pula dengan kawalan keselamatan yang baik, memang berbaloi!

5. Private Parking Services (Valet & Private Lots)
Ada juga syarikat swasta yang menawarkan parkir jangka panjang dengan harga lebih murah berbanding parkir rasmi KLIA. Antara yang popular di RTBCarpark. Kebanyakan tempat ini ada shuttle ke terminal dan menawarkan pakej mingguan atau bulanan yang lebih jimat.Harga bermula RM8 sehari, dan diskaun disediakan jika jangka masa panjang.
@hanan.afiqa Hanan pon baru tahu rupanya ada parking area airport yg murah ✈️🧳 @PARKINGKLIAMURAH
Jadi, kalau anda nak travel dengan tenang tanpa risau soal parkir, boleh cuba salah satu pilihan di atas. Pastikan buat tempahan awal kalau nak elak tempat penuh, terutama waktu cuti panjang! Selamat bercuti dan selamat memandu!
