Kerajaan mengumumkan pelarasan terbaharu harga runcit petroleum bagi tempoh 12 hingga 18 Februari 2026, susulan perubahan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa di bawah mekanisme Automatic Pricing Mechanism (APM).
Untuk minggu ini, hanya harga diesel di Semenanjung Malaysia mengalami perubahan, manakala harga petrol kekal pada kadar sedia ada.
Senarai Harga Runcit Bahan Api (12 – 18 Februari 2026)
Harga berikut berkuat kuasa mulai Khamis, 12 Februari 2026:
- Petrol RON97: ➡️ Kekal pada RM3.10 seliter
- Petrol RON95 Tanpa Subsidi: ➡️ Kekal pada RM2.54 seliter
- Petrol RON95 Bersubsidi (BUDI95): ➡️ Kekal pada RM1.99 seliter
- Diesel Semenanjung Malaysia: 🔺 Naik 3 sen kepada RM2.99 seliter
- Diesel Sabah, Sarawak & Labuan: ➡️ Kekal pada RM2.15 seliter
Diesel Catat Kenaikan Berterusan Empat Minggu Berturut-turut
Untuk pemerhatian, harga diesel di Semenanjung Malaysia telah meningkat secara konsisten sejak penghujung Januari.
- 22 – 28 Januari 2026: RM2.88 seliter
- 29 Januari – 4 Februari 2026: RM2.92 seliter
- 5 – 11 Februari 2026: RM2.96 seliter
- 12 – 18 Februari 2026: RM2.99 seliter
Kenaikan sebanyak 3 sen minggu ini menjadikan harga diesel kini hampir mencecah paras RM3.00 seliter, berbanding RM2.88 sekitar tiga minggu lalu.
Pemantauan Harga Secara Mingguan
Kerajaan memaklumkan bahawa pemantauan terhadap trend harga minyak dunia akan diteruskan, dengan pelarasan dibuat secara mingguan bagi memastikan keseimbangan antara kestabilan pasaran domestik dan keperluan fiskal negara.
Sebarang perubahan akan diumumkan dari semasa ke semasa mengikut mekanisme APM.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Bersepadu Lengkap Dengan Bas, Rel Dan Shuttle
Harga Minyak 16–22 Julai 2026: RON95 Dan Diesel Naik Minggu Ini, RON97 Kekal RM4.00 Seliter
Laluan Baharu ICQS Bukit Kayu Hitam Mula Operasi, Perjalanan Ke Hatyai Kini Lebih Lancar
Projek ECRL Kini 94% Siap, Perkhidmatan Penumpang Bakal Beroperasi Januari 2027
Harga Minyak 9–15 Julai 2026: RON97, RON95 Dan Diesel Kekal Tidak Berubah Minggu Ini
Tiket KTM/ETS Ke Johor Untuk PRN Dah Buka: Ini Cara Tempah & Trik Balik Mengundi Tanpa Poket Kering!