Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan harga runcit mingguan petroleum bagi tempoh 4 Disember hingga 10 Disember 2025, selaras dengan perkembangan harga minyak mentah dunia melalui formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
RON97 & RON95 Tanpa Subsidi Meningkat 3 Sen
Bermula Khamis, 4 Disember 2025, dua produk utama mencatat kenaikan harga:
- RON97: 🔺 Naik 3 sen kepada RM3.29 seliter
- RON95 Tanpa Subsidi: 🔺 Naik 3 sen kepada RM2.66 seliter
- RON95 Bersubsidi (BUDI95): ➡️ Kekal pada RM1.99 seliter
Harga Diesel Kekal Tidak Berubah
Tiada perubahan untuk diesel di seluruh negara:
- Diesel Semenanjung Malaysia: ➡️ Kekal pada RM3.08 seliter
- Diesel Sabah, Sarawak & Labuan: ➡️ Kekal pada RM2.15 seliter
Kerajaan Terus Pantau Tren Harga Minyak Dunia
Menurut kenyataan rasmi, kerajaan akan terus meneliti pergerakan harga minyak mentah global dan menetapkan harga runcit mingguan bagi memastikan kestabilan harga serta kebajikan pengguna terus terpelihara.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Piala Dunia FIFA 2026: Kemas Kini Harian Jadual dan Keputusan Perlawanan
KLIMS 2026 Kembali Meriahkan MITEC Dengan Pameran Automotif dan Teknologi Mobiliti Terkini
Cermat Madani Tawar Rebat Insurans Tambahan Hingga 10% Untuk Pemandu Berhemah
Harga Minyak 11–17 Jun 2026: RON97, RON95 dan Diesel Semenanjung Kekal
Harga Minyak 4–10 Jun 2026: RON97 Turun 30 Sen ke RM4.35, Diesel Semenanjung Turun ke RM4.67
Akta Sewa Beli 2026: Kenapa Selesaikan Pinjaman Kereta Awal Kini Lebih Berbaloi?