Institut Jantung Negara (IJN) kembali dengan sambutan World Heart Day 2025 yang penuh bermakna dan menyeronokkan! Bertemakan “It’s Not Just A Game, It’s About Your Heart”, acara ini bukan sekadar sambutan biasa — ianya merupakan satu pengalaman interaktif yang menyatukan pendidikan kesihatan dan aktiviti menyeronokkan untuk seisi keluarga.
Pemeriksaan Kesihatan Asas Serendah RM15

Ambil langkah pertama untuk jaga kesihatan jantung anda dengan pemeriksaan asas yang ditawarkan sepanjang 5 hari acara. Semua pemeriksaan terbuka kepada umum dan boleh dilakukan secara walk-in!
- RM20 – BMI, Tekanan Darah & Glukosa
- RM15 – Ujian Kolesterol
- RM30 – Ujian ECG
- RM150 – Ujian Basic ECHO
Pemeriksaan ini hanya mengambil masa 10 minit – cepat, mudah, dan sangat berbaloi untuk kesihatan anda!
Aktiviti Menarik Sepanjang Acara

Selain pemeriksaan kesihatan, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti interaktif yang menyeronokkan dan mendidik:
- Dalgona Challenge (24–26 September)
- Red Light, Green Light (24–26 September)
- Chapteh Challenge (24–26 September)
- K-Pop Zumba (27 September: 6:00PM – 6:30PM / 28 September: 11:00AM – 11:30AM)
- Demonstrasi CPR & Lidi Stress Test
Butiran Acara:
- Tarikh: 24 – 28 September 2025
- Masa: 10:00 pagi – 10:00 malam
- Lokasi: Centre Court, The Curve, Damansara
- Pendaftaran: whd.ijn.com.my/booking
Jangan lupa sertai dan jadikan World Heart Day 2025 sebagai langkah penting untuk gaya hidup lebih sihat, sambil berseronok bersama keluarga dan rakan-rakan!
Untuk maklumat lanjut & pra-pendaftaran, layari laman web rasmi acara atau lawati Institut Jantung Negara di Facebook.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Piala Dunia FIFA 2026: Kemas Kini Harian Jadual dan Keputusan Perlawanan
Let’s Travel Decathlon 2026: 5 Tawaran Menarik Untuk Aktiviti Sukan dan Rekreasi
Coway Run 2026 Sambut Edisi Ke-10, Tiket Super Early Bird Bermula RM49 Untuk 24 Jam Sahaja
VOLTRUN 2026 Berlangsung Di Cyberjaya, Finisher 21KM Bakal Terima Voltra Recovery Halilintar Slide
Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 Kembali ke Taiping, Tampilkan 5 Kategori Untuk Pelbagai Tahap Pelari
Toyota Start Your Impossible Outrun 2026 Dibuka Untuk Pendaftaran, Bakal Berlangsung 5 Julai di Putrajaya