June 13, 2026

AirAsia MOVE Perkenal Easy Cancel Untuk Perjalanan Yang Lebih Fleksibel

EasyCancel_PRNewsRoomAd

Kalau ada rancangan nak jalan-jalan tapi takut tiba-tiba kena ubah plan, jangan risau! AirAsia MOVE sekarang ada ciri baru yang super praktikal – Easy Cancel. Dengan ciri ni, tempahan penerbangan boleh dibatalkan dalam masa 48 jam sebelum berlepas, dan duit akan dipulangkan dalam masa 10 hari.

Ciri ni eksklusif dekat aplikasi AirAsia MOVE, dan sangat membantu bagi yang suka buat plan last minute atau yang jadualnya selalu berubah. Tak perlu bagi alasan pun kalau nak batalkan – sama ada sebab ada hal lain atau sekadar tukar fikiran, semuanya okay je.

Paling best, bila pilih Easy Cancel, boleh dapat balik duit sama ada 80% atau 100%, termasuk sekali dengan bayaran untuk beg, makanan, dan caj lain. Tapi ingat ya – Easy Cancel hanya boleh ditambah masa buat tempahan, bukan lepas tu.

Macam mana nak tambah Easy Cancel? Senang je:

Pilih penerbangan
Isi maklumat penumpang
Klik ‘Continue to Add-Ons’
Klik ‘Continue’ sekali lagi
Pilih Easy Cancel

Buat masa ni, ciri ni ada untuk semua laluan AirAsia, kecuali ke Korea Selatan dan penerbangan domestik di Indonesia. Untuk penerbangan AirAsia X (contohnya dari KL ke Almaty dan Sydney), Easy Cancel akan tersedia hujung bulan Mei nanti.

Nak tahu lebih lanjut? Boleh terus ke laman rasmi AirAsia MOVE untuk info penuh!