[VIDEO] Boleh Dapat Serendah RM40! Di Sini lah Medicure & Manicure Paling Murah di KL
Kalau anda tengah cari tempat untuk manjakan diri tanpa perlu berbelanja besar, Galaxy Ampang memang pilihan yang patut anda pertimbangkan. Terletak di lokasi yang mudah diakses dan selesa, kat sini anda boleh dapat manicure & pedicure serendah RM40 sahaja – satu harga yang sangat berpatutan, terutamanya untuk kawasan Lembah Klang!
Apa yang buat tempat ni lagi menarik, servis yang ditawarkan tetap berkualiti walaupun harganya murah. Rawatan kuku dilakukan dengan teliti, sesuai untuk yang nak tampil lebih kemas dan bergaya. Kalau anda nak tambah rawatan seperti cuci daki, rawatan tambahan untuk kuku rapuh, atau hiasan nail art, ada caj tambahan sekitar RM30, tapi masih dalam bajet!

Tapi tunggu dulu — Galaxy Ampang bukan sekadar tempat rawat kuku. Kawasan ni juga menempatkan salon rambut dan pusat urut refleksologi, menjadikan ia lokasi yang ideal untuk ‘full day self-care’. Boleh buat rawatan rambut, urutan kaki yang melegakan, dan akhirnya cantikkan kuku – semua dalam satu tempat!
@eehomeyduo Jom manjakan diri dengan Manicure Pedicure dekat Galaxy Ampang. Harga termurah tau. Selain tu ada juga salon rambut & pusat urut refleksologi, haa boleh lah nak bawak orang tersayang nanti. Tak rugi!🥰🫶🏼 #manipedi #manjakaki #manicure #pedicure #fyp #kakireview #foryoupage #galaxyampangmall #manjakandirimu
Disebabkan banyak kedai yang menawarkan servis serupa di sekitar Galaxy Ampang, persaingan yang sihat menyebabkan harga jadi sangat kompetitif. Pelanggan dapat nikmati servis berkualiti dengan harga yang lebih rendah — siapa tak suka kan?
Sesuai sangat kalau nak bawa orang tersayang datang bersama — sama ada pasangan, bestie, atau mak ayah. Bukan sahaja dapat rawatan, tapi juga masa berkualiti bersama. Nak plan ‘healing day’ atau ‘spa day’ yang bajet-friendly? Sini lah tempatnya.
Jom manjakan diri hari ni juga. Dengan harga bermula RM40, memang tak rugi! Galaxy Ampang, port cantik dan tenang untuk rehatkan badan dan jiwa.
