Kedai Ole-Ole Paling Murah Di Kuala Lumpur, Kini Jadi Buruan Pelancong Asing!
default
Siapa sangka sebuah kedai ole-ole di Kuala Lumpur kini menjadi viral di kalangan pelancong asing? Terima kasih kepada seorang TikToker dari luar negara, kedai Tawon Resources di Sungei Wang Plaza, Jalan Sultan Ismail kini semakin mendapat perhatian kerana harganya yang murah gila!
Dalam videonya, TikToker @vivianjaww tersebut mendakwa bahawa ole-ole di sini lebih murah berbanding tempat lain. Paling menarik, coklat Berry’s boleh didapati serendah RM5! Bukan setakat coklat, pelbagai snek tempatan, kopi, teh dan cenderahati unik turut dijual pada harga yang mesra poket.
@vivianjaww23 Lumayan hemat🥹✨ #fyp #kualalumpur #oleholeh #oleholehmalaysia #oleholehkualalumpur #malaysia #viraltiktok #viral #viralvideo
Kalau nak lebih jimat, beli borong memang berbaloi! Kata TikToker ini, semakin banyak anda beli, semakin murah harga yang ditawarkan. Sebab itulah ramai pelancong asing tak lepaskan peluang untuk memborong ole-ole dari sini sebelum pulang ke negara masing-masing.

Kedai ini terletak di lokasi strategik di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, jadi memang mudah untuk dikunjungi. Bagi yang suka shopping cenderahati tanpa perlu risau tentang harga, Tawon Resources adalah destinasi yang wajib anda singgah!
Jadi, kalau anda berada di KL dan nak cari ole-ole murah, jangan lupa check out kedai ini. Mana tahu, anda pun boleh jadi next viral di TikTok!
