Baru-baru ini, kecoh mengenai sebuah syarikat perunding kewangan yang ditumpaskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Op Sky. Kesalahan utama yang mereka yang disiasat adalah penggubahan wang haram. Namun, ramai yang masih kurang memahami maksud sebenar dan bagaimana ia berlaku.
Berikut adalah 5 fakta penting yang perlu anda tahu mengenai penggubahan wang haram dalam dunia kewangan:
1. Apa Itu Penggubahan Wang Haram?
Penggubahan wang haram merujuk kepada proses menyembunyikan asal-usul wang yang diperoleh secara haram, seperti daripada hasil jenayah, rasuah, dadah atau aktiviti haram lain, dan mengubahnya supaya kelihatan seperti wang sah dari sumber yang bersih.
2. Tiga Peringkat Proses Penggubahan Wang Haram
Penggubahan wang haram berlaku dalam tiga peringkat utama:
Penempatan (Placement): Wang haram dimasukkan ke dalam sistem kewangan melalui perniagaan tunai, akaun bank atau transaksi lain.
Penyusunan (Layering): Wang tersebut dilaburkan dalam pelbagai transaksi yang kompleks untuk menyukarkan pengesanan sumber asalnya, seperti melalui syarikat ‘shell’ atau pemindahan antarabangsa.
Penyepaduan (Integration): Wang tersebut digunakan semula secara sah dalam ekonomi melalui pembelian aset seperti hartanah, syarikat atau pelaburan lain.

3. Hukuman dan Akta Berkaitan di Malaysia
Di Malaysia, penggubahan wang haram dikawal di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001). Mereka yang bersalah boleh dikenakan:
Denda sehingga RM5 juta atau penjara sehingga 15 tahun, atau kedua-duanya sekali.
4. Sektor Kewangan Wajib Laporkan Aktiviti Mencurigakan
Institusi kewangan seperti bank, syarikat insurans dan firma pelaburan diwajibkan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada Bank Negara Malaysia (BNM). Ini bagi mengelakkan penyalahgunaan sistem kewangan untuk aktiviti penggubahan wang haram.

5. Bagaimana Untuk Mengenali Tanda-Tanda Penggubahan Wang Haram?
Jika anda terlibat dalam urusan kewangan, berhati-hatilah dengan situasi berikut:
1.Transaksi dalam jumlah besar secara tiba-tiba tanpa sebab jelas
2.Syarikat kecil tetapi mempunyai aliran wang keluar masuk luar biasa
3.Pelanggan enggan memberikan maklumat lengkap tentang sumber kewangan
4.Wang dideposit atau dipindahkan ke luar negara dengan kekerapan tinggi
Kesimpulannya, penggubahan wang haram adalah jenayah serius yang boleh merosakkan sistem kewangan dan ekonomi sesebuah negara. Dengan memahami konsep ini, kita dapat lebih berhati-hati dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.

Pengguna BNPL Di Malaysia Cecah 8 Juta Akaun, Baki Terkumpul RM5.3 Bilion Pada Suku Pertama 2026
Masih Belum Buat Keputusan? Anda Ada Sehingga 31 Ogos Untuk Opt Out Skim Lindung 24 Jam PERKESO
Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO: Panduan Lengkap Cara Opt-Out Melalui Notis Pelepasan Liabiliti
Pos Malaysia Lancar Pos ArRahnu Gold-i, Tawar Simpanan Emas Digital Patuh Syariah Serendah RM10
Baucar Buku MADANI 2026: Cara Tebus E-Baucar RM100 Untuk Pelajar KPM
Program NUR@PETRA 2026: Ini Cara Dapat e-Rebat RM200 Untuk Penyaman Udara Dan Peti Sejuk